25 March 2015

Perlu sebab ke?

Assalamualaikum

Kenapa untuk sesetangah perkara kebaikan yang kita buat selalu dipandang sepi? Salah ke siramkan pokok bunga jiran sebelah?

Haa gitu. Benda cemnilah yang nak dikata. Ni lah topiknya.

Pernah dengar pasal random acts of kindness? Benda semacam bayarkan tol RM1.20 untuk sepuluh kereta kat belakang walau haram sorang pun kau tak kenal.
Macam tiba-tiba 'eh ada lolipop untuk adik, untuk ibu adik dan seluruh keluarga' adik masa korang tengah jalan dalam The Curve.
Macam 'ehem sudi tak awak jadi makmum solat saya?' Pangg. Itu pickup line. 'K :')'

Terlalu banyak benda yang boleh didefinisikan sebagai perilaku baik. Tapi tak semua benda orang fikir sebagai kebaikan. Contoh satu:
Bila kita masih tolong sahabat kita dari segi kewangan. Kita tahu dia tak mampu bayar, atau tak nak bayar (mungkin), atau terlupa nak bayar (mungkin?). Mak, ayah, jiran, sepupu jiran, mak mertua kakak jiran, satu pekan even satu koloni masyarakat bergabung suara tegaskan pada kita 'DAH TAK PAYAH BAGI DIA PINJAM, DIA PANDANG MUKA HANG PUN TIDAK MASA GAJI DIA KELUAR!' Oh sakitnya tu di sini. Padahal pinjam RM50 je pun nak beli pampers anak lol.

Dua. Bila kita masih bersahabat dengan bekas teman lelaki/perempuan kita. 7/10 kawan-kawan kita akan kata 'Dah lah weh please move on, dia dah ada orang lain. Kau tak nampak ke? Yang duk terkejar-kejar kenapa? Sigh.' Dan balance lagi 3/10 kawan kita akan kata 'Alah beb, jodoh tak ke mana. Sedangkan kahwin pun boleh cerai. Setakat couple apalah sangat. Usha je balik, sayang dia kat kau mesti ada sisa. Kot kot dapat balik.' LIKE SERIOUSLY CEMNI KE KAWAN KORANG?

Tiga. Bila kita suka bagi haiwan makan. Percayalah bahawa memberi haiwan seperti kucing, burung dan anjing di kaki-kaki lima makan adalah impian kecil setiap insan. Percayalah. Tapi kita Malaysian tidak disogokkan dengan sifat pemurah terhadap haiwan sejak dari kecil. Ya, kecuali yang kita jaga sendiri-sendiri kat rumah sampai buatkan kucing sebuah rumah, belikan pasir harga riban-riban. Sedangkan kucing yang minta secubit ayam masa kita makan kat kedai pun kita halau, apatah lagi kucing jalanan? Ideologi kita takut haiwan tu ikut kita balik atau kita takut tuan kedai marah kita sebab kalau kucing tu makan kat kedai tu nanti dia datang balik *em baca gaya bimbo* sepatutnya dah lama berlalu bersama jatuhnya bendera Union Jack. Aha :')

Okay. Cemni cerita dia.

Kita bagi kawan kita pinjam duit, kita be friend dengan bekas teman lelaki/perempuan kita dan kita bagi kucing jalanan makan; benda-benda cemni tanya balik pada diri kita. Apa tujuan kita? Selagi kita tahu kita buat hanya sebab kita nak jaga hati orang, hanya untuk kegembiraan bersama, hanya untuk menjaga silaturahhim, tak perlu kot layan pemikiran manusia lain. Bukan mereka yang pegang kegembiraan itu. Bukan mereka yang berada dalam situasi itu. Bukan mereka yang keluarkan duit itu *hoh yang ni paling penting lol*

Selagi kita ikhlas memberi pinjam duit kepada sahabat yang memerlukan, sedang kita tahu sama ada dia susah atau senang itu urusannya dengan yang Maha Esa; Selagi kita ikhlas berkawan dan membantu bekas teman lelaki/wanita kita semasa dia susah, sedang kita tahu mungkin bukan bersama kita ketika dia gembira; Dan selagi kita ikhlas memberi haiwan jalanan makan, sedang kita tahu mungkin sebenarnya dia punya penjaga, sentiasa ingat, selagi kita gembira dengan apa kita lakukan, kita punya hak.


Hakikatnya, untuk berbuat baik kepada sesiapa pun, kita perlukan sebab ke?


P/s: Ayuh start membawa makanan kucing pek kecil-kecil yang harga tak sampai RM2 sepaket dalam beg mulai hari ini! Kita tak tahu mungkin kita boleh selamatkan seekor nyawa kucing yang hampir mati kebuluran. Kita tak tahu. :)

Thank you! :D

13 March 2015

Macam mana kita move on?

Assalamualaikum dan selamat hari yang penuh barakah.

Pertama, sebagai post yg pertama, ada baiknya kita memperkenalkan yeayyy blog baru yeayyy. Keduanya, kita adalah yeayyy penulis baru yg tak dikenali yeayyy. Dan yang ketiganya, untuk mulakan sesuatu yang baru, untuk mulakan langkah yang baru, haruslah untuk tidak menyingkap sesuatu yang lama. Oleh sebab itu tajuk kita berunsur ‘move on’.

Tak kiralah move on dari sudut apa. Kucing awak mati. Boyfriend awak pergi. Ibu ayah awak honeymoon tinggalkan awak sensorang *sobs*. Kawan baik awak dah tak contact awak *sobs sobs*. Apa pun sahaja, untuk benda yang awak taknak lupakan tapi perlu, marilah kita ber-move on.

1. Cari Tuhan.
Kita sebagai manusia biasa-biasa, perlukan lebih dari semangat untuk pulihkan semangat. Macam bunga yang layu. Kenapa dia layu? Sebab dia tak dapat benda yang dia sepatutnya dapat dan perlu dapat. Sebab tu semangat kita layu. Sebab kita tak dapat benda yang kita biasa dapat. Contoh: perhatian dari kucing awak tadi, kasih sayang dari boyfriend awak tadi, manja-manja dari ibu ayah awak tadi dan ketawa nangis bersama kawan baik awak tadi. Sakit kan? Jadi apa yang kita perlu utk bunga kita tadi? Haruslah zikir-zikir munajat SELEPAS korang bagi dia air, baja dan cahaya matahari kan? Macam tu manusia. Cari balik Tuhan kita, cari semangat kita dari Dia. Cari tenang dari Dia. Datanglah 1001 kawan pun lepas tu, tak sama dengan Allah swt yang satu. Lol cari Tuhan bila susah je ke? Hiks. Pandang tepat ke dalam matanya dan katakan, lebih baik dari cari manusia macam kau.

2. Hobi kita apa?
Kita ni sebagai manusia yang jarang-jarang bersyukur, jarang sekali sediakan waktu untuk benda yang kita minat bila kita dah sibuk bergelumang dengan benda yang kita kejar. Pada waktu kita down ni lah, mungkin Allah swt nak kita spare time untuk diri kita. Carilah diri kita. Habiskan masa yang ada dengan benda yang kita minat buat. Contohnya dari korang sibuk layan perasaan kenapa dia tinggalkan aku untuk perempuan tu, aku dah commit lebih dari yang dia tahu, aku dah bagi macam-macam, simpan lah air mata tu untuk suami awak. Serius. Nangis sekali cukuplah. Time-time pappp! datang ke kepala awak muka dia tu, terus capai buku memasak atau peralatan menjahit atau drive pergi air terjun atau drive pergi latest cafĂ© pesan kopi untuk upload dalam IG hashtag #sayadahmoveon LOL. Please. Don’t harm yourself with stupid mind that goes around in your head saying he will come back. Please don’t. Kita ada maruah. Sampai bila nak cengeng sedangkan kalau asah hobi masa sedih tu dah sah-sah kau boleh buka bake shop? Sedih kalau dua hari je takpe. Herhh.

3. Bayangkan betapa gumbiranya dia.
Part ni macam jahanam sikit like what the hell aku kena bayangkan dia sedang berbahagia bersama wanita lain sedang aku merana dalam selimut bergelap hanya ada sedikit cahaya dari sudut jendela kenapa Tuhan kenapa? Fikirlah jauh dua tapak ke depan. Bayangkan. Satu, awak terserempak dengan dia bersama wanita lain dan awak meroyan depan dia atau menangis minta penjelasan sambil celak awak pudar. Dua awak terserempak dengan dia bersama wanita lain tapi masa tu awak buat taktahu, buat muka bangga dan buat muka macam tak ada apa berlaku sambil dia yang pelik macam mana awak boleh hidup tak ada dia dengan penampilan lebih jelita. See? Dia yang tak guna tu pun dah move on takkan kita yang tak bersalah tak boleh move on? Sah-sah awak yang loser.

4. Bersangka baik.
Sentiasa bersangka baik dengan kehidupan. Sentiasa bersangka baik dengan ketentuan. Sentiasa bersangka baik denga takdir Tuhan. Sentiasa. Sentiasa. Sentiasa. Tahu kan what goes around comes around? Mungkin sebab dulu kita pernah terlanggar kucing orang sampai mati. Mungkin pernah tertendang kucing yang bunting sampai anak dia mati. Kita tak tahu. Bila tiba-tiba Allah tarik kucing awak, tak adil awak nak salahkan dunia. Sedangkan kucing awak dah rehat tenang di atas sana. Fikir juga, mungkin Allah nak bagi awak seekor haiwan lain yang lebih awak perlukan. Mungkin juga haiwan itu lebih perlukan awak. Bersangka baik takkan merugikan sesiapa. Bersangka baiklah. Tuhan akan gantikan sesuatu yang awak lebih perlukan dari yang awak inginkan. 

5. Maafkan.
Bila mana awak sedar yang kawan baik awak tiba-tiba jauh dari awak, mula-mula sekali reflect diri. Aku salah apa? Lepas tu maafkan dia. Seseorang akan ada terlalu banyak perkara yang sama ada dia nak simpan sebagai rahsia atau dia nak luahkan jadi cerita. Terima dia dulu. Kita nak kawan yang baik tapi diri kita sendiri kuat menyalahkan. Camne? Kalau betul pun dia pergi ke kawan baru dan sebenarnya awak tak ada apa-apa salah, biarkan dia. 10 tahun dia berkawan baik dengan awak, tiba-tiba dia pergi bukan bermakna dia tak sayang persahabatan. Tapi mungkin ada benda baharu dia nak cuba. Bagi dia pergi. Bagi dia rasa. Kalau dia betul-betul rasa 10 tahun itu berharga, dia akan datang sebagai dia. Tapi kalau dia datang pun sebab nak pinjam duit je bayar duit kereta tertunggak lepas tu blah, korang tahu la kan 10 tahun tu dia letak mana?

Ok? Oh oh lagi satu.


Bila ibu ayah korang dah balik dari honeymoon, tak payah tunjuk yang korang nangis dia pergi tak ajak korang. Pimpin tangan mereka ke dapur sambil tunjukkan meja penuh dengan ayam masak butter chilli, jantung rebus, air asam, udang sumbat masak sambal, pucuk ubi masak lemak bersama air bandung soda, katakan ini sahaja yang sempat anakanda masakkan silalah, sambil menadah tangan meminta souvenir. Jangan lupa nyalakan lilin sebelum tinggalkan mereka dinner berdua. Esok kalau diorang tak tinggalkan duit minyak kereta untuk sebulan full tank means korang takyah move on part ni.

Terima kasih! :D